Sunday, 22 March 2015

Slide Bab 7 Taburan Penduduk


 (Sila klik di sini untuk mengakses slide)

Tuesday, 17 March 2015

BAB 7 TABURAN PENDUDUK



TABURAN PENDUDUK

Maksud Taburan Penduduk :



*Taburan penduduk merupakan sebaran penduduk di sesuatu tempat. Mengikut bancian penduduk yang telah dibuat pada tahun 2000, jumlah penduduk Malaysia adalah 23.27 juta orang. 

*Jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia adalah 18.5 juta orang. Di Sabah pula, bilangan penduduk pada tahun 2000 adalah 2.0 juta orang dan manakala di Sarawak bilangan penduduknya adalah 2.0 juta orang. Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata.






Faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk di Malaysia

1. Bentuk Muka Bumi Dan Tanih

Tanah pamah
  • kawasan padat penduduk kerana:
  • Memudahkan pembinaan petempatan serta jaringan pengangkutan dan perhubungan.
  • Tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian.
  • Kawasan bersaliran baik seperti lembah sungai.
  • Contoh: Taiping, sekitar Johor Bahru, Sibu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur
Kawasan gunung dan berhutan tebal
  • Taburan penduduk jarang kerana:
  • Menyukarkan pembinaan kawasan petempatan dan jaringan pengangkutan dan perhubungan.
  • Kegiatan pertanian sukar dijalankan
  • Contoh: Kawasan tengah Semenanjung Malaysia, kawasan timur dan pedalaman Sabah, dan pedalaman Sarawak
Kawasan tanah tinggi
  • Seperti Tanah Tinggi Cameron, Ranau, dan Kundasang.
  • Mempunyai penduduk yang padat kerana dibangunkan sebagai kawasan pertanian tanaman hawa sederhana dan menjadi tarikan pelancong.
Tanih Aluvium
  • Sesuai untuk penanaman padi.
  • Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana.
  • Contoh : Lembah Sungai Kelantan, Lembah Sungai Kedah, dan lembah sungai perak.
Tanih Laterit
  • Terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun seperti di Johor amat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
  • Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang sederhana.

2. Dasar Kerajaan / Governan
  • Zon Perindustrian Bebas -Sungei Way, Bayan Lepas, Sama Jaya, Telok Kalong, Telok Panglima Garang
  • Pembangunan kawasan luar bandar    melalui Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) seperti Felda Jengka, Felda Air Tawar, Felda Gugusan Sahabat
3. Pengangkutan Dan Perhubungan
  • Jaringan pengangkutan yang padat membantu perkembangan perniagaan, perdagangan, dan perindustrian
  • Jaringan pengangkutan memudahkan perpindahan barangan dari satu tempat ke tempat lain
  • Contohnya:
    • Pembinaan KLIA menyebabkan penduduk bertumpu di Sepang
    • Pembinaan Lebuh raya Utara-Selatan menggalakkan perkembangan kawasan Sungai Petani, Jelapang, Senai
4. Sosio Ekonomi
  • Kawasan penanaman padi - Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan Dataran Terengganu
  • Kawasan penanaman getah - Sekitar Seremban dan Lahad Datu
  • Kawasan penanaman kelapa sawit - Sekitar Kluang, Kuala Pilah, dan Tawau
  • Kawasan perniagaan dan perindustrian - Shah Alam, Petaling jaya, Pasir Gudang, Bayan Lepas, Bintulu
5. Sumber Mineral
  • Perlombongan bijih timah - Lembah Kinta
  • Perlombongan petroleum dan gas asli
  • Kerteh, Lutong, Port Dickson menjadi pusat penapisan petroleum
  • Bintulu menjadi pusat pencairan gas asli

6. Perkhidmatan Dan Pendidikan
  • Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk.
  • Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan.
  • Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
  • Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu (perniagaan dan perdagangan) danTanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk.
  • Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.






**Sila klik di sini (http://padlet.com/naginaaugustine/catlover) untuk jawab soalan yang diberikan.